Sejarah Ringkas - Perkembangan Alat Gong
Alat 'Gong' di dunia wujud dalan dua bentuk yang khusus iaitu satu yang
mempunyai 'busut' ataupun 'tombol'.Perkataan 'Gong' yang digunakan
secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan
Melayu/Indonesia.
Keluarga 'Gong' di Malaysia secara umunya adalah terdiri daripada
jenis-jenis yang berbusut ataupun yang 'bertombol'. Ianya diperbuat
daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah, dan besi dan terdapat
dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza di antara
satu dengan yang lain termasuk juga pic dan timbre.
Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan
satu istilah tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan
secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di
negeri-negeri lain di Malaysia.Di kalangan masyarakat di Sabah alat
'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai 'Tawag'.
Pada masa kini terdapat juga alat 'Tetawak' yang diperbuat daripada
besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar dari kalangan masyarakat
tempatan.Mereka menggunakan teknik 'petri' ataupun dibentuk daripada
objek seperti 'leger' iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian
dipetrikan.
GONG / TETAWAK IBU
Gong /Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang
utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi di Malaysia.Ianya
sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak anak khususnya dalam
ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang
Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana dan
tarian-tarian rakyat.
Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih
rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak.Dalam
konteks persembahan, pada prinsipnya Tetawak Ibu dan Anak digantungkan
pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu hendaklah berada di sebelah
kiri pemain.