KESI
Sejenis
alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan
tembaga.Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke
dalam.Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan
tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu
daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi
dipasangkan dengan tali.Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut
dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble
paluan tradisional pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti
Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi
tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.Suara yang dapat
dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah.
No comments:
Post a Comment