Tuesday, 23 September 2014
ANGKLUNG
ANGKLUNG
Alat
idiofon yang digoyang.Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung
buluh yang terpilih.Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga
empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'.
Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di
antara satu sama lain.Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan
secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti
'Kuda Kepang' dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor.
Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah Angklung digunakan untuk mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai bersama alat-alat dari disiplin Gamelan.
Tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang
ini adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.Proses penalaan Angklung
dilakukan dengan melaras bibir alat dan ketukkan pada kakinya ataupun
ditiup pada bibirnya.
SARON
SARON
Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun slab-typed
yang diperbuat daripada perunggu.Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak
kayu sebagai ruang gema. Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble
Gamelan Melayu.Berperanan seabagai alat melodi yang menggandakan melodi
pokok.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan,
lazimnya dari jenis yang lembut.
Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron digunakan sebagai
alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu
mengikut irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif.Bilahan bagi
alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan
teknik kikir dan tempa.
GAMBANG KAYU
GAMBANG KAYU
Sumber
bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaraskan mengikut pic yang
dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak
gema.Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri
Kelantan.Terdapat juga belira-belira bagi alat Gambang yang diperbuat
daripada buluh dan kayu nibong, dipercayai dapat menghasilkan suara yang
lebih mantap.Kayu-kayu jenis keras daripada spesis seperti nangka,
merbau ataupun cengal seperti yang terdapat pada alat 'Ranak Ek' di
Thailand, sering digunakan untuk membuat belira bagi alat Gambang.
Dalam rangkaian ensemble Gamelan Melayu di Malaysia, Gambang kayu yang
mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi.Ianya dipukul
dengan sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi dan dilaras
mengikut sistem anhemitonic pentatonic.
KESI
KESI
Sejenis
alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan
tembaga.Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke
dalam.Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan
tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu
daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi
dipasangkan dengan tali.Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut
dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble
paluan tradisional pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti
Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi
tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.Suara yang dapat
dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah.
BONANG
BONANG
Gong
yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan alat
melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu.Mengandungi dua oktaf dan
disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang
menyongsang.
Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'.
Secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa Jawa.
Dalam
permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan yang dapat
diterjemahkan sebagai heterofoni.Di kalangan masyarakat di Terengganu
khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni
memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang
terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'engkeromomg' manakala dalam
tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam
ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat.
KEMPUL
Kempul,
berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangakaian Gamelan di Malaysia
yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu.Ianya merupakan satu
penambahan baru daripada yang sedia ada.Disiplin asal yang hanya terdiri
daripada alat-alat seperti Bonang/Keromomg, Gambang kayu, Saron Barung,
Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan,
tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fisikal muzik yang dinamis bagi
memenuhi keperluan tarinya.
Kempul yang disertakan dalam satu oktaf dan berlaras anhemitonic pantatonic, berkongsi tiang bersama-sama Gong Agung dan Suwukan dan dimainkan oleh seorang pemain.
Ensemble lengkap Gamelan Melayu
CANANG
CANANG
Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran kecil.Berperanan sebagai alat penanda masa dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.
Dalam
konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya
disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'.Manakala
dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti
Asyik, mengikut amalan semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonic
yang
mempunyai pic suara yang tepat.Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik,
Canang yang bernada seperti C,D,E dan g mengikut skala Major, digunakan
untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism
iaitu secara berulang-ulang.Kini terdapat dua jenis Canang yang sering
digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.Gambar yang
dipamerkan ini ialah Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan
Canang Ibu dan Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai tombol yang
kecil serta dinding yang rendah.
GONG
Sejarah Ringkas - Perkembangan Alat Gong
Alat 'Gong' di dunia wujud dalan dua bentuk yang khusus iaitu satu yang
mempunyai 'busut' ataupun 'tombol'.Perkataan 'Gong' yang digunakan
secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan
Melayu/Indonesia.
Keluarga 'Gong' di Malaysia secara umunya adalah terdiri daripada
jenis-jenis yang berbusut ataupun yang 'bertombol'. Ianya diperbuat
daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah, dan besi dan terdapat
dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza di antara
satu dengan yang lain termasuk juga pic dan timbre.
Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan
satu istilah tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan
secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di
negeri-negeri lain di Malaysia.Di kalangan masyarakat di Sabah alat
'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai 'Tawag'.
Pada masa kini terdapat juga alat 'Tetawak' yang diperbuat daripada
besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar dari kalangan masyarakat
tempatan.Mereka menggunakan teknik 'petri' ataupun dibentuk daripada
objek seperti 'leger' iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian
dipetrikan.
Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak.Dalam konteks persembahan, pada prinsipnya Tetawak Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu hendaklah berada di sebelah kiri pemain.
Subscribe to:
Posts (Atom)